Polis cari Fauziah bantu kes tipu katering kenduri kahwin

Polis cari Fauziah bantu kes tipu katering kenduri kahwin

JEMPOL: Polis meminta kerjasama orang ramai mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penipuan urusan katering di satu majlis di sini pada 25 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata wanita berkenaan dikenali sebagai Fauziah Abdul Hamid, 39, dengan alamat terakhir dari Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.



Katanya wanita berkenaan dicari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, Sarjan Norhisham Zulkifli di talian 0176219957 atau 06-4582222 sambungan 102,” katanya dalam kenyataan.

Media pada 25 Disember melaporkan, sebuah keluarga pengantin perempuan terpaksa memasak sendiri juadah untuk tetamu selepas pihak katering tidak muncul.

Pengantin perempuan juga sudah membayar RM13,200 kepada pihak berkenaan bagi menyediakan hidangan untuk 1,000 tetamu selain pelamin dan baju kahwin.



Chang Hook dalam satu kenyataan selepas itu berkata pengantin wanita itu dipercayai menjadi mangsa penipuan selepas berurusan secara dalam talian bagi mendapatkan khidmat pakej perkahwinan.

Katanya mangsa membuat tiga kali pembayaran secara berperingkat secara dalam talian kepada seorang perancang perkahwinan dari Shah Alam.

Jelasnya polis juga turut mendapatkan maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai syarikat berkenaan .

Berdasarkan maklumat SSM, katanya, syarikat katering berkenaan didaftarkan atas seorang lelaki dipercayai suaminya manakala urusan perniagaan dilakukan oleh wanita itu. BH



Polis cari Fauziah bantu kes tipu katering kenduri kahwin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan



Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara



Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker