Tembakan rambang di kedai kopi, 3 cedera

Tembakan rambang di kedai kopi, 3 cedera

Tiga cedera selepas dua lelaki yang menyamar penghantar makanan melepaskan tembakan rambang di sebuah kedai kopi di Lorong 3, Jalan Wong King Hou, di Sibu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima makluman daripada orang awam pada jam 5.41 petang.



Berdasarkan maklumat saksi di tempat kejadian, dua penyerang masing-masing menaiki motosikal melakukan perbuatan itu.

“Tiga mangsa yang cedera terkena tembakan yang dilepaskan dua lelaki itu adalah lelaki berusia lingkungan 27 hingga 33 tahun.

“Keadaan mereka stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Sibu,” katanya.

Zulkipli berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan polis belum mengenal pasti motif kejadian.



Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga boleh mencetuskan kegusaran awam.

“Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mingat Bakil di talian 019-8867978 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, sumber berkata, dua penyerang menyamar sebagai penghantar makanan dengan menaiki motosikal.

Salah seorang penyerang dikatakan memegang sepucuk pistol menghampiri mangsa sebelum melepaskan tembakan manakala seorang lagi penyerang melepaskan tembakan dari arah luar kedai kopi itu. BH



Tembakan rambang di kedai kopi, 3 cedera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan



Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara



Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker