Salah jika uji Covid-19 untuk penduduk kondo bukan warganegara, kata Badan Peguam

Presiden Majlis Peguam Salim Bashir

PETALING JAYA: Badan Peguam hari ini berkata, pengurusan hartanah strata seperti kondominium dan apartmen, tidak boleh menyaring serta melarang kemasukan penduduk bukan warganegara untuk Covid-19 mengikut undang-undang sedia ada.

Presidennya Salim Bashir berkata, Akta Pengurusan Strata 2013 (APS) tidak membenarkan badan pengurusan bersama atau perbadanan pengurusan menuntut penduduknya melalui ujian seperti itu dan menghalang kemasukan bagi mereka yang enggan berbuat demikian.

Salim berkata, mengikut akta berkenaan, pengurusan boleh meminda atau memasukkan peraturan kecil untuk mempertingkatkan keselamatan, namun ini hanya boleh dilakukan selepas diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan badan pengurusan itu.

“Bagaimanapun, Badan Peguam berpandangan ini tidak boleh digunakan untuk melanggar hak pemilik atau penghuni terhadap hartanah berkenaan.

“Perlu diingat juga, mengikut Perkara 13(1) Perlembagaan Persekutuan ‘tiada seorangpun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang’,” katanya dalam kenyataan.

Minggu lalu, menteri kanan keselamatan Ismail Sabri Yaakob berkata, pengurus bangunan kondominium atau apartmen mempunyai kuasa untuk memerlukan penghuni menjalani ujian Covid-19.

Kes Hasanah: Pegawai JPM pinjam kondo dua minggu simpan dokumen

Katanya, walaupun tiada arahan atau polisi daripada Majlis Keselamatan Negara, “kami tidak menghalang kondominium atau kawasan kediaman mengeluarkan arahan seperti itu bagi melindungi penghuni mereka.”

Susulan itu, Salim berkata Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Act 342, yang digunakan untuk menangani pandemik, juga tidak memberi kuasa kepada badan pengurusan menghalang kemasukan bagi penghuni ke rumah mereka.

Akta itu juga tidak mewajibkan ujian Covid-19 sebelum membenarkan penghuni masuk.

“Justeru, kami gesa menteri berkenaan mengambil maklum undang-undang sedia ada berhubung isu ini sebelum membuat keputusan.”

Tambahnya, mewajibkan ujian Covid-19 akan menyebabkan lebih tekanan untuk pekerja asing dan pelarian yang kebanyakannya berada dalam kumpulan kewangan B40.

“Golongan bukan warganegara mesti dilayan dengan saksama dan rasa hormat, tanpa sebarang diskriminasi disebabkan kerakyatan mereka.”

Menanti Pengakhiran Kekebalan DAP: Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker