Menanti Pengakhiran Kekebalan DAP: Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa?



Sebaran :

 

“Kerajaan DAP juga meluluskan projek kondo dua blok 40 tingkat ini dalam masa 8 hari sahaja sedangkan projek-projek rumah mampu milik memerlukan masa mencecah 500 hari untuk diluluskan”

Ini jawapan bertulis yang diberi EXCO Pulau Pinang dalam DUN Pulau Pinang pada bulan Mac 2017.

Tengok bagaimana kerajaan DAP agihkan bahagian terbesar kos laporan RM305 juta kepada lebuhraya pertama projek terowong.

Kos laporan kebolehlaksanaan bagi lebuhraya dengan kos pembinaan sebanyak RM377.6 juta adalah sebanyak RM120.4 juta berbanding kos laporan hanya RM96.2 juta sahaja untuk terowong bawah laut yang lagi rumit dengan kos pembinaan RM3.5 bilion.



Ya, kos laporan untuk membina jalan berharga RM377.6 juta ialah RM120.4 juta.

Langkah ini dibuat kerajaan DAP untuk membayar lebih banyak wang kepada syarikat terowong dengan lebih awal kerana laporan terowong asyik tertangguh sejak 7 tahun lalu.

Sebab itu, tanah bernilai RM220 juta daripada jumlah kos RM305 juta telah selesai dibayar sejak tahun 2015 untuk kos laporan walaupun laporan bagi terowong tak pernah siap sehingga hari ini.

Dengan bayaran dalam bentuk tanah tepi laut yang lebih besar secepat mungkin maka syarikat terowong boleh lah siapkan pembinaan kondo-kondo mewah lebih awal untuk mengaut keuntungan.



Projek kondo mewah tepi laut benilai berbilion-bilion itu sudah selesai dijual dengan harga RM1,350 satu kaki persegi. Kebanyakan unit-unit dibeli warga asing.

Kerajaan DAP juga meluluskan projek kondo dua blok 40 tingkat ini dalam masa 8 hari sahaja sedangkan projek-projek rumah mampu milik memerlukan masa mencecah 500 hari untuk diluluskan:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157183579730952



Kerajaan DAP amat sayang pada developer – terutamanya syarikat terowong di mana pemiliknya sudah mengaku dalam kertas siasatan SPRM terbongkar bahawa dia telah banyak kali membayar rasuah kepada pemimpin-pemimpin DAP untuk elak projek dibatal dan untuk melicinkan projek-projek dia.

SPRM perlu siasat siapa yang suruh agih-agihkan kos laporan menjadi begini.

Sumber: FB Najib Razak



Artikel Berkaitan: Cubaan Guan Eng “Melembukan” Rakyat Dikantoikan oleh Bossku

Artikel Berkaitan: Kes Terowong: Zairil dan Ramasamy disiasat SPRM

Artikel Berkaitan: Exco DAP Acah Melayu Zairil Khir Johari Mangsa Seterusnya ‘SMASH’ Bossku



Artikel Berkaitan: Skandal Terowong: Keadilan Ditegakkan, Guan Eng Akan Didakwa?

Artikel Berkaitan: Projek Berbillion Ringgit Kelulusan 8 Hari, Dokumen SPRM Terbukti Sahih

Artikel Berkaitan: SPRM dan ‘kekebalan’ Lim Guan Eng

 


Sebaran :


Leave a Reply