Setiap pekerjaan penting, sekatan pergerakan akan bunuh pekerjaan, kata menteri kewangan

PETALING JAYA: Sekatan pergerakan ketat akan menjejaskan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan teruk, di mana kira-kira 900,000 di seluruh negara terjejas, dan kerajaan tidak akan membenarkan keadaan itu berlaku.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz berkata, pengajaran itu dipelajari selepas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan buat julung kali pada Mac tahun lalu.

Katanya, lebih 70% PKS di seluruh negara mengalami kerugian pada 2020.

“Sudah tentu ‘lockdown’ yang ketat akan menjejaskan PKS kita, atau lebih 900,000 perniagaan di seluruh negara.

“Di dalamnya terdapat pemilik perniagaan kecil dan mikro yang pendapatan mereka terjejas serta-merta walaupun ‘lockdown’ hanya sehari, apatah lagi penutupan selama 14 hari,” katanya sambil menambah PKS ialah tulang belakang ekonomi Malaysia yang menyumbang hampir 40% kepada keluaran dalam negara kasar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Forum Bursa Malaysia.

Impak PKP pertama ke atas PKS memberi pengajaran terbesar yang “lockdown” dan memastikan kelangsungan ekonomi ” tidak saling terpisah antara satu sama lain”.

Tengku Zafrul berkata, tidak dapat dielakkan untuk penggubal dasar dan pengawal selia pasaran membincangkan kesan ekonomi “lockdown” daripada perspektif makro.

PKP: Kesan ‘lockdown’ kedua kepada negara yang pernah laksanakannya

Bagaimanapun, katanya, di sebalik semua statistik itu ialah rakyat yang menghadapi masalah survival sebenar dengan sekatan pergerakan lebih ketat.

Tengku Zafrul berkata, inilah keadaannya terutama bagi perniagaan kecil dan mikro yang dikendalikan pemilik gerai makanan, tukang jahit, tukang gunting rambut serta pengusaha dobi.

“Inilah hakikat survival – kemampuan mencari sesuap nasi untuk keluarga setiap hari. Bagi mereka, tindakan pengimbang sekadar teori dan tiada makna dalam usaha mereka untuk meneruskan kehidupan harian.

“Siapa yang boleh cakap sesuatu pekerjaan itu lebih penting daripada yang lain?

“Semua jenis pekerjaan penting kerana ia memberi rezeki. Itu sebabnya penggubalan dasar dalam pengurusan krisis Covid-19 melangkaui kesihatan awam.

“Ada yang percaya PKP lebih ketat boleh menyelamatkan lebih banyak nyawa. Bagi sesiapa yang bimbang kehilangan orang tersayang kepada Covid-19, ini mungkin satu-satunya hakikat yang penting.

“Bagaimanapun, sebagai sebuah masyarakat, ia penting untuk kami jelas mengenai hasil dan alternatifnya.”

PKP 2.0 dilanjutkan lagi sehingga 18 Februari dengan SOP lebih ketat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker