COVID-19: Terlalu rindu pelanggan, pemilik restoran Belgium ini ‘hidang’ pada boneka

RIXENSART: Seorang pemilik restoran di Brussels mengadu dia terlalu merindui pelanggannya sejak perniagaannya dipaksa untuk menghentikan operasi sejak Oktober lalu di bawah undang-undang Belgium.

Selain kehilangan punca pendapatan, Therese Mahieu terasa sebahagian daripada dirinya kini ‘kosong’, lebih-lebih lagi apabila dia tidak dapat berhubung secara langsung dengan semua pelanggannya.

Untuk mengubati kerinduan itu, Mahieu telah mengisi kekosongan tempat duduk di dalam restorannya dengan meletakkan patung boneka yang pelbagai rupa bentuk.

Dia kemudiannya menuang minuman ke dalam gelas di hadapan boneka-boneka itu, yang turut dipakaikan rambut palsu, topi dan skaf.

Mahieu melakukan ini semua kerana terlalu merindui kehadiran pelanggannya... - Reuters

Mahieu melakukan ini semua kerana terlalu merindui kehadiran pelanggannya… – Reuters

Semua itu adalah sebahagian daripada ekspresi bantahannya kepada peraturan ketat yang dikenakan ke atas pemilik perniagaan sepertinya.
Semua boneka tersebut, yang dihasilkan dengan belon, memberikan Mahieu sedikit perasaan ‘gembira’ selepas mendapati restorannya, Chez Therese, di bandar Rixensart, semakin terasing daripada komuniti.
Meskipun belum sepenuhnya berdepan lonjakan gelombang ketiga virus korona, negara yang menjadi tuan rumah Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu merupakan antara negara dengan kematian tertinggi akibat COVID-19 per kapita di dunia.

 Nasib pemilik perniagaan seperti Mahieu ini tidak menentu... - Foto: Reuters

Nasib pemilik perniagaan seperti Mahieu ini tidak menentu… – Foto: Reuters

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker