Malaysia catat kedudukan terbaik dalam indeks demokrasi EIU

Malaysia naik empat tangga dalam edisi 2020 indeks demokrasi Economist Intelligence Unit (EIU) dan ini kedudukan tertinggi yang pernah dicatatakan negara.

Malaysia kini berada di kedudukan 39 dari 167 negara yang disenaraikan oleh EIU, bahagian penyelidikan firma yang sama menerbitkan The Economist.

“Kestabilan politik di Malaysia merosot sejak pengunduran Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada bulan Mac 2020.



“Namun, pembaharuan dalam proses pilihan raya dan kemajuan pluralisme telah menghasilkan institusi politik yang lebih demokratik,” kata EIU dalam laporan yang diterbitkan hari ini.

Pada kedudukan 39, Malaysia berada di belakang Latvia dan mendahului Panama. Di rantau Asia dan Australasia, Malaysia berada di kedudukan keenam, di belakang Korea Selatan dan mendahului Timor-Leste.

EIU memberi Malaysia 7.19 mata dari maksimum 10 dan menggolongkan negara ini sebagai “demokrasi cacat”, di samping negara seperti Perancis, Amerika Syarikat, Singapura dan Guyana.

 



EIU juga menganggap Malaysia berjaya dalam “proses pilihan raya dan pluralisme” serta memberikan negara 9.8 markah – skor yang sama diberikan kepada Switzerland dan mengalahkan Korea Selatan (9.17) dan Jepun (8.75).

Markah untuk “fungsi kerajaan (functioning of government)”, “penyertaan politik (political participation)” dan “budaya politik (political culture)” kekal tidak berubah, masing-masing pada 7.86, 6.67 dan 6.25

Bagi “kebebasan sivil (civil liberties)” prestasi Malaysia agak buruk dan diberi skor 5.59 – jumlah sama yang dicapai oleh Israel, Tunisia dan Lesotho – turun dari 5.88 pada tahun sebelum ini.

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker