Al-Fatihah: Jururawat Hamil 30 Minggu Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Alhamdulillah Bayi Berjaya Diselamatkan

Menerusi status Facebook yang dimuat naik oleh Fakulti Perubatan UiTM, memaklumkan seorang jururawat yang berkhidmat di Jabatan Perubatan Pemulihan Pusat, Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Difahamkan, arwah yang dikenali sebagai Artini Dzolkarnaini, meninggal dunia disebabkan komplikasi Covid-19.

Lapor Harian Metro, arwah meninggal dunia di Hospital UiTM pada jam 5.30 pagi tadi. Namun, apa yang lebih menyedihkan apabila arwah dijangkiti Covid-19 ketika sedang sarat mengandung 30 minggu anaknya yang keempat.

Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Terdahulu, Artini merupakan seorang jururawat yang terlibat dalam program pemulihan jantung. Pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam buat ahli keluarganya dan beliau merupakan ibu kepada lima anak termasuk bayi yang baru sahaja dilahirkan.

Malahan, rakan sekerja kepada arwah menggambarkan beliau seorang yang rajin bekerja dan disenangi rakan sekerja yang lain.

Dalam pada itu, carian di laman Facebook mendapati pemergian jururawat berkenaan yang juga penulis buku bertajuk Penjagaan dan Pemulihan Jantung terbitan UiTM menerima reaksi duka kenalan arwah dan warga net.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang kenalan Allahyarhamah dikenali sebagai Dean berkongsi berita pemergiannya.

“Setelah bertarung nyawa lebih 12 hari akibat komplikasii #COVID19, pagi tadi Allah menjemput beliau buat selama lamanya.

“Allahyarhamah SN Artini Dzolkarnaini adalah classmate saya 1998 di UM sebelum berpindah ke UiTM.

“Baik orangnya dan seorang jururawat yang berdedikasi, berdisiplin/ well educated!

“Ketika dijangkitii #COVID19, beliau sedang mengandung 30 minggu. Bayi dapat diselamatkan melalui pembedahann ketika Allahyarhamah sedang di intubate dan masih dirawat di NICU.

“Beberapa hari lepas Allahyarhamah telah di extubate, namun kesihatan beliau kembali merosot selepas itu (reintubated) sehingga bantuan ECMO diperlukan.

“Namun… dalam proses itu, jantung beliau terhenti, CPR dilakukan lebih 30 minit sebelum kembali ROSC dengan pemantauan kritikal di hospital UiTM.

“Qadrullah… beberapa jam selepas itu jantungnya kembali terhenti dan pergi buat selama lamanya.”

Difahamkan, arwah dijangkiti Covid-19 ketika sedang mengandung 30 minggu berdasarkan beberapa komen balas daripada rakan dan keluarganya di FB.

Dikatakan juga, bayi arwah Artini berjaya diselamatkan secara pembedahan cesarean dan ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital berkenaan.

Artini adalah jururawat program pemulihan jantung dan ibu kepada lima anak termasuk bayi baru dilahirkan.

Pihak media yang cuba menghubungi keluarga arwah difahamkan belum bersedia untuk berkongsi cerita dan mengharapkan orang ramai berdoa urusan keluarga mereka dipermudahkan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarhamah.

Sumber: Harian Metro, OhBulan, Facebook Fakulti Perubatan UiTM

Irene Agustine, DJ Terkenal Indonesia Memilih Hamil Luar Nikah Daripada Keluar Islam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker