Dua lagi portal milik kerajaan digodam

Dua portal milik kerajaan iaitu, milik Kementerian Kesihatan (KKM) dan portal kerajaan Johor, digodam oleh penggodam laman sesawang bergelar Anonymous Malaysia.

Selain daripada dua portal itu, empat lagi portal pendidikan digodam oleh mereka iaitu, Politeknik Melaka, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Idris Shah dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam satu hantaran di muat naik di Facebook Anonymous Malaysia berkata, Anonymous memberi mereka masa untuk mengemas kini sistem sebelum digodam sekali lagi.

“Untuk membuat skrip dan pentester profesional, jika anda cukup mahir, hidupkan alat recon dan fuzzer domain anda untuk mencari pengganti.

“Untuk Sysadmin, tolong kemas sistem anda sebelum dicop lagi. Dark Army memberi anda 24 jam sebelum diserang sekali lagi,” jelas kenyataan status yang dimuat naik di Facebook milik Anonymous Malaysia itu di sini hari ini. – K! ONLINE

Anonymous Malaysia dakwa mula serang laman sesawang kerajaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker