KP Kesihatan Kecewa Dengan Kerajaan PN?

Aziz Kaprawi was trying to act as 'judge', says Mukhriz's lawyer | Free  Malaysia Today (FMT)

1. Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan tiga (3) kenyataan yang membuka pekung atau ‘rahsia’ Kerajaan PN.

2. Pertama, beliau telah mendahului pengumuman rasmi memaklumkan kepada media bahawa PKP 2.0 tidak akan disambung selepas 4 Februari 2021 atas faktor desakan keperluan ekonomi. Kenyataan beliau kemudiannya terpaksa ditepis semula dengan menyatakan bahawa makluman tersebut cuma pendapat peribadi beliau dan bukannya keputusan kerajaan.

3. Kedua, beliau juga telah mengakui bahawa beliau hanya ‘penyampai’ sahaja tetapi tidak terlibat dalam apa jua keputusan akhir yang diumumkan oleh Kerajaan PN. Ini bermaksud segala tindakan yang disaran cuma menjadi sekadar nasihat sahaja yang mana akhirnya terdapat individu lain yang membuat keputusan akhir.



4. Yang terkini, beliau mengakui bahawa lonjakan jumlah kes harian COVID-19 adalah disebabkan tunggakan kes lampau yang baru dilaporkan. Ini mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa jumlah kes harian yang diumumkan kerajaan tidak menggambarkan situasi sebenar negara.

5. Ketiga-tiga insiden ini jelas menunjukkan bahawa beliau amat kecewa dengan keputusan Kerajaan dalam mengemudi negara melawan pandemik ini.

6. Rakyat juga mulai mempersoalkan keikhlasan kerajaan dalam melaksanakan PKP 2.0 yang dilihat ‘setengah masak’ dan memberi ruang luas kepada ekonomi ‘taikun’ untuk beroperasi tetapi menghimpit ekonomi rakyat sehingga ada yang terpaksa menggulung tikar.

7. Ditambah pula dengan perintah darurat yang mana ramai berpendapat ini merupakan satu tindakan helah politik. Saya juga ingin turut mempersoalkan ketelusan angka yang dipersembahkan kepada YDP Agong yang membolehkan baginda perkenan pengisytiharan darurat tempoh hari.



8. Pengumuman lanjutan PKP 2.0 ini juga ternyata sia-sia sekiranya tidak dilaksanakan dengan langkah yang ketat dan yang lebih penting menyekat terus operasi Perkhidmatan Bukan Keperluan Utama (Non-Essential Services).

9. Saya mendesak Kerajaan PN untuk mula telus terhadap usaha untuk membendung pandemik merbahaya ini serta menarik semula keputusan penggantungan parlimen bagi membolehkan sidang parlimen semak dan imbang keputusan-keputusan yang diambil oleh Kerajaan.

10. Ketika ini, Kerajaan mempunyai ruang yang luas untuk salahguna kuasa termasuk pengurusan dana awam yang diluluskan begitu sahaja tanpa pemeriksaan balas. Kebijaksanaan sidang parlimen juga boleh memberi solusi terbaik untuk rakyat dikala menghadapi lanjutan tempoh PKP 2.0 yang saya harap lebih ketat pelaksanaanya.

11. Amaran untuk YAB Perdana Menteri; jangan perjudikan nyawa dan kesihatan rakyat semata-mata untuk melindungi kepentingan politik anda!



Aziz Kaprawi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker