Ayda Jebat: “Jangan Lihat Sudut Negatif & Lucah, Saya Ingin Tunjukkan Bahagianya…”
“Salahkah saya memuat naik sesuatu yang positif dan turut disokong oleh ramai pasangan suami isteri yang turut menerima layanan sama meskipun ada diantaranya sudah berkahwin lebih 20 tahun. Mereka begitu suppotif dan mendoakan agar kebahagiaan saya dan Nabil terus berkekalan.
“Daripada perkongsian saya itu, ada juga pasangan yang berasa sedih dan cemburu apabila mengatakan suami mereka tidak romantik selepas berkahwin malah nak minta bergambar bersama pun tidak mahu. Jadi saya harap janganlah melihat apa yang dikongsikan dari sudut yang negatif dan lucah sebab saya hanya ingin menunjukkan rasa bahagianya bercinta selepas kahwin.
“Ada rakan-rakan dan peminat beritahu saya, masa awal-awal bercinta saja indah, tapi selepas kahwin tiada sudah momen bahagia itu.Tapi saya bersyukur sebab menerima layanan yang baik selepas berkahwin. Saya hanya berkongsi sikap Nabil yang manja dan tidak dibuat-buat. Bagaimanapun saya ingin memohon maaf sekiranya ada pihak berasa kurang senang melihat kemesraan kami.
“Saya tak mampu nak menjaga perasaan semua orang,” demikianlah kata penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang memberitahu dia tidak mampu mengawal sikap netizen yang tidak henti mengecam namun dia ingin memohon maaf sekiranya tindakan berkongsi video mesra bersama suaminya, pengacara Nabil Mahir di laman Instagram itu dirasakan tidak manis.
Gelagat dan aksi terlebih manja yang dikongsikan pasangan selebriti yang baru mendirikan rumah tangga itu di laman sosial mengundang perasaan kurang senang segelintir pihak.
Kebanyakan menganggap perkongsian Ayda di Instagram Story mengenai sikap suaminya yang suka mencium pipi berulang kali selain suka bermanja dengannya sebagai sesuatu yang tidak wajar dikongsi hingga mengundang rasa meluat serta lucah.
Terbaharu, Ayda turut mendedahkan perangai pelik suaminya yang suka menghidu bau ketiaknya terutama ketika waktu lapang. Menurut Ayda, apa yang dikongsikan mengenai sikap Nabil adalah perangai sebenar suaminya.
“Saya sedar memiliki pengikut daripada pelbagai lapisan umur di laman sosial Instagram. Jadi segala perkongsian yang dimuat naik, saya akan pastikan ia tidak keterlaluan. Namun jika ada yang beranggapan sebaliknya, anda perlu mengubah mentaliti dan jangan terlalu berfantasi.
“Tapi lihat perkongsian ini sebagai sesuatu yang positif serta doakan agar kemesraan ini berkekalan dan anda sendiri turut mengimpikan layanan seperti ini,” ujar Ayda yang bernikah dengan Nabil pada 1 Januari lalu, dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
[VIDEO] Selepas Cium Pipi, Cium Ketiak Pula – Netizen Meluat Tengok Aksi Ayda & Nabil
You must be logged in to post a comment.