Shuk Mohon Doakan Kebahagiaan – Isteri Minta Maaf Banyak Review, Kehidupan Perlu Diteruskan

Semua mengetahui mengenai kontroversi yang melanda pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar berhubung dakwaan skandal dengan wanita sama yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini. Isu tersebut menjadi tular dan hangat diperkatakan.

Shuk menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini meminta pengikutnya di media sosial untuk sama membantu mendoakan rumah tangganya kekal bahagia.

Shuk memuat naik video bertemu lagi dengan dua anak perempuannya, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, berusia setahun untuk melepas rindu.

Katanya, dia sangat merindui keluarga dan anak-anaknya. Malah, Shuk turut bercadang membawa anak-anaknya berjalan-jalan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Hari ini dapat jumpa anak-anak sekali lagi. Nanti, lepas PKP kita pergi jalan-jalan tau. Sekarang ini, tak dapat nak jalan-jalan sebab PKP.

“Sebenarnya rindu sangat pada keluarga dan anak-anak saya ini. Bila dapat jumpa macam ini pun dah okay sebenarnya, harap kalian dapat doakan kebahagiaan kami dan semoga semuanya kekal hingga ke syurga,” katanya.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen bersimpati dengan Shuk serta memintanya bersabar dan banyakkan berdoa semoga segala urusan dihadapi dipermudahkan oleh Allah SWT.

Image_3.jpg

Tiga hari lalu, Shuk juga berkongsi video di Instagram bertemu anak-anaknya dan mengaku kesilapan diri. Katanya, apa yang berlaku dalam hidup dan keluarganya ketika ini adalah berpunca daripada kesilapan sendiri.

Sementara itu, menerusi muat naik di Instagram isteri Shuk iaitu Rossalennah Natassiah Asshaferah, dia dilihat sibuk membuat ‘review’ produk kepada pengikutnya.

Menerusi video dimuat naik baru-baru ini, Rossalennah atau mesra disapa Sera turut memohon maaf kepada pengikutnya berikutan sejak kebelakangan ini dia banyak membuat ‘review’ produk di Instagram.

Image_4.jpg

“Saya nak mohon maaf, sejak akhir-akhir ini banyak sangat saya buat ‘review’. Seperti yang kalian tahu, saya kena teruskan lagi kehidupan. Saya tetap kena cari makan, cari rezeki untuk saya, untuk anak-anak dan apa semua,” tuturnya.

Dalam entri yang lain, Rossalennah juga mengajak wanita-wanita yang berhadapan ujian sepertinya terus bangkit, tabah dan kuat walaupun hati rebah menyembah bumi.

“Hi, Assalamualaikum dan selamat tengahari… ok sebelum itu Sera nak bagi semangat pada isteri, wanita ataupun ibu dekat luar sana yang mengalami masalah nasib sama macam Sera ni… Seraa harap korang kuatkan semangat.

“Bagi Sera macam Sera tak kisah orang lain boleh hina Sera boleh rendahkan Seraa. Apa yang Seraa buat ni apa semua, tapi Sera percaya ada orang yang akan selalu menyokong Sera iaitu ibu bapa Sera, mak ayah mentua… Seraa percaya benda tu,” ujarnya.

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

“Ada Masa Yang Sesuai Nanti Shuk Akan Bercakap” – Shuk Sahar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker