Dua lemas kereta masuk tasik

RAWANG: Seorang lelaki dan seorang wanita ditemui lemas apabila kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam Tasik Biru, di sini, selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan, hari ini.

Difahamkan mayat kedua-dua mangsa ditemui selepas dua jam operasi dan menyelamat (SAR) di lokasi berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 6.10 petang tadi.



“Seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dikejarkan ke lokasi.

Pelakon Glee Naya Rivera hilang di tasik, anak 4 tahun terbiar atas bot

“Sebaik tiba, anggota bertugas dimaklumkan berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kereta Toyota Vios dinaiki dua individu yang terbabas ke dalam tasik berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Norazam berkata, operasi SAR yang turut membabitkan anggota daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) itu berjaya menemui mayat dua mangsa terbabit jam 8.01 malam tadi.

“Tiada pengenalan diri ditemui oleh kedua-dua mangsa berkenaan yang dipercayai individu tempatan.

“Mayat kedua-dua mangsa berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

[VIDEO] 9 dikhuatiri lemas selepas kenderaan jatuh dari feri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker