[VIDEO] 9 dikhuatiri lemas selepas kenderaan jatuh dari feri

KUCHING: Sembilan orang, termasuk beberapa kanak-kanak dipercayai lemas di Sungai Batang Lupar selepas pacuan empat roda yang mereka naiki tergelongsor dari feri di Jeti Triso.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerusi kenyataan berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada 3.14 petang dan menghantar dua pasukan dari balai Simunjan serta Saratok ke tempat kejadian.

Lokasi kejadian terletak kira-kira 62km dari Simunjan dan 98km dari Saratok.



“Mangsa, lima lelaki dan empat wanita belum dikenal pasti identiti,” kata jabatan itu sambil menambah mereka sedang menunggu pihak berkuasa keselamatan tiba di tempat kejadian.

Bagaimanapun, satu klip video yang tersebar di media sosial menunjukkan penduduk kampung dan orang ramai membawa mayat mangsa, termasuk kanak-kanak ke darat.

Tidak diketahui jika ada mangsa terselamat.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker