Covid-19 : 2068 kes baru hari ini dengan 3 kematian

Status Terkini #COVID19, 1 Januari 2021

Kes sembuh=2,230
Jumlah kes sembuh=91,171 kes
Kes baharu positif=2,068 kes (2,066 tempatan, 2 import)
Jumlah positif=115,078 kes
Kes kematian=3
Jumlah kes kematian=474 kes
Kes dirawat di ICU=126 kes
Bantuan Alat Pernafasan=54 kes



Pada hari ini, 1 Januari 2021, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 2,068 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 115,078 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 23,433 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,066 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 776 kes (37.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 425 kes (54.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 457 kes (22.1 peratus) dan Sabah sebanyak 254 kes (12.3 peratus).

Sebanyak 18 kes (0.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (13 kes), Kluster Tembok Gajah (4 kes) dan Kluster Pagar Siput (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.



Sehingga kini, terdapat 126 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 474 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes baharu (2,068)



Selangor
114 kluster sedia ada
311 saringan kontak rapat
351 lain-lain saringan

KL
304 kluster sedia ada
94 saringan kontak rapat
58 lain-lain saringan
1 import

Sabah
9 kluster sedia ada
166 saringan kontak rapat
79 lain-lain saringan

P.Pinang
75 kluster sedia ada
110 kluster baharu (Rawa Akasia)
15 saringan kontak rapat
26 lain-lain saringan



Johor
53 kluster sedia ada
6 kluster baharu (Jalan Perindustrian)
36 saringan kontak rapat
17 lain-lain saringan

Kelantan
23 kluster sedia ada
14 saringan kontak rapat
16 lain-lain saringan

N.Sembilan
16 kluster sedia ada
21 saringan kontak rapat
14 lain-lain saringan

Perak
8 kluster sedia ada
32 saringan kontak rapat
11 lain-lain saringan



Melaka
3 kluster sedia ada
11 saringan kontak rapat
9 lain-lain saringan

Kedah
8 kluster sedia ada
7 saringan kontak rapat
5 lain-lain saringan

Pahang
4 kluster sedia ada
7 kluster baharu (Rantau Semarak)
3 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan

Terengganu
6 saringan kontak rapat
8 lain-lain saringan



Sarawak
5 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan

Putrajaya
4 lain-lain saringan

Labuan
1 kluster sedia ada
1 lain-lain saringan
1 import

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker