[VIDEO]”Ramai Tanya Saya, Siapa Tuhan..”- Ustaz Ebit Lew Terharu, 1 Kampung Serentak Ucap Syahadah Depannya.

Ebit lew kini telah beberapa hari berada di Lahad Datu bagi menyempurnakan misinya membantu orang susah yang berada di Sabah. Beliau di lihat memberi bantuan tidak kira peringkat umur dan terkini memberi bantuan tablet bagi memudahkan pembelajaran anak-anak sabah dari rumah .

Image may contain: 2 people, people standing, child and outdoor

Beliau turut berkongsi berita gembira dimana seramai 157 orang dari suku Bajau Laut dan Gipsi Laut berminat untuk mengenali  tuhan dan dengan rela hati mengucap syahadah beramai-ramai didepannya.

Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam. Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut.. Pulau Tatagan Semporna. Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut.
Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau laut kumpulan manusia tanpa negara. Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun.

Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak.

Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.
Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah.
Saya akan terus bantu makanan untuk seluruh kampung atas laut ini. Saya tengah urus untuk bina sekolah. Tengah cari guru ustaz untuk mengajar mereka.

Ya Allah bantulah mudahkanlah diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=M_89xKweYJ4[/embedyt]

Image may contain: 2 people, people on stage, sky and outdoor

Ebit lew juga bercadang untuk meneruskan bantuan kepada suku ini dan mengupah ustaz bagi membimbing mereka mendalami agama islam.

Mari kita meneruskan sumbangan kepada dana ustaz Ebit agar bantuan terus sampai kepada yang memerlukan

https://www.instagram.com/p/CKtk9j8F5Bj/

 

Sumber : FB Ebit lew

‘Mimpi indah terbuka hati peluk Islam’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker