Pelakon Glee Naya Rivera hilang di tasik, anak 4 tahun terbiar atas bot

Share

NAYA RIVERA, pelakon siri muzikal popular, Glee, dikhuatiri lemas selepas pihak berkuasa menemui anaknya berusia empat tahun berseorangan dalam sebuah bot yang disewa di Tasik Piru, selatan California pada Rabu.

Pihak berkuasa Ventura County memaklumkan aktres itu menyewa bot tersebut pada jam 1 petang (waktu tempatan), lapor portal berita CBS.

Menurutnya, kira-kira tiga jam kemudian, sebuah bot lain menemukan anaknya dalam bot disewa Rivera, bersendirian, tanpa Rivera di sisinya.

Petugas di tasik berkenaan kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa yang kemudiannya melakukan operasi pencarian di kawasan itu menggunakan helikopter, dron dan pasukan penyelam.

Difahamkan, kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan penyiasat diberitahu bahawa ibunya sedang berenang tapi tidak kembali semula ke dalam bot.

Pada Selasa, aktres itu berkongsikan gambar dalam Twiter dengan menciap: “Just the two of us (Hanya kami berdua).”

Pihak berkuasa sekarang sedang berusaha menyatukan semula anaknya itu dengan Rivera.

Rivera pernah mendirikan rumahtangga dengan aktor Ryan Dorsey dan dikurniakan seorang anak lelaki, Josey Hollis Dorsey.

Awani

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!