[VIDEO] Selepas Cium Pipi, Cium Ketiak Pula – Netizen Meluat Tengok Aksi Ayda & Nabil

 

Pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang hampir sebulan bergelar suami isteri itu dilihat sering berkongsi aksi mesra serta momen bahagia mereka di media sosial untuk tatapan umum.

Jika sebelum ini Ayda berkongsi video suaminya tidak berhenti mencium isterinya, terkini penyanyi dan pelakon itu baru-baru ini sekali lagi memuat naik video mesra di Insta Story.

Ayda turut mendedahkan suaminya bukan sahaja suka bermanja tetapi turut suka menghidu ketiaknya. Ayda turut menulis kapsyen dimana dia sangkakan isteri sahaja yang suka bau ketiak suami tetapi dalam kisahnya lain pula yang berlaku.

Image_2.jpg

Bagaimanapun, perkongsian Ayda itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan video yang dikongsikan agak keterlaluan lebih-lebih lagi buat budak sekolah. Kata netizen lagi, meskipun baru berkahwin tidak perlu kongsikan video mesra mereka untuk tatapan umum.

Untuk makluman, Ayda dan Nabil telah diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada tanggal 1 Januari 2021 yang lalu setelah lapan bulan mengikat tali pertunangan.

One thought on “[VIDEO] Selepas Cium Pipi, Cium Ketiak Pula – Netizen Meluat Tengok Aksi Ayda & Nabil

  • February 2, 2021 at 12:33
    Permalink

    Jgn kira bagaian yg hadir bincang tu hnya ketua bahagian bkn akar umbi umno.mmg ketua bahagian x nk gabung bimbang peluang jadi calun pilihan raya dapat ke ppbm.

    Reply

Leave a Reply