Anwar atasi Dr. Mahathir dalam senarai 500 muslim berpengaruh 2021

Sebaran :


PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi kedudukan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam senarai The World’s 500 Most Influential Muslims 2021.

Senarai yang dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Centre sebuah institusi kajian bebas yang terletak di Jordan meletakkan Anwar di kedudukan ke-20 dalam senarai Pemerintah dan Ahli Politik.

Ketua Pembangkang itu berada pada satu tangga di atas Dr. Mahathir yang berada pada kedudukan ke-21. Turut disenaraikan adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam senarai itu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berada pada kedudukan pertama manakala pemimpin negara jiran, Presiden Indonesia berada pada kedudukan ke-8.

Anwar dan Mahathir atau mana-mana individu dari Malaysia bagaimanapun tidak berada dalam senarai kedudukan 50 muslim teratas yang diunggui oleh Recep Tayyip Erdogan.

Dalam senarai itu Joko Widodo berada dalam kedudukan ke-12 dan Presiden Singapura Halimah Yacob pada kedudukan ke-37.

Sementara itu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diletakkan dalam senarai Pendakwah dan Pemimpin Kerohanian berpengaruh.

Manakala ahli korporat Syed Mokhtar al-Bukhari disenarikan dalam kumpulan Dermawan, Kebajikan dan Pembangunan.

Dalam kategori Isu Sosial pengasas Sister in Islam Zainah Anwar disenaraikan antara 500 tokoh Islam berpengaruh dan ahli korporat yang juga Presiden Johor Corporation, Tan Sri Muhamammad Ali Hashim berada dalam senarai Perniagaan.

Dalam senarai Sains dan Teknologi, Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muzaphar Shukur dipilih sebagai salah seorang 500 tokoh muslim berpengaruh.

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan rakan dunia hiburan Hafiz Hamidun berada dalam tokoh muslih berpengaruh dalam senarai Seni dan Budaya.

Bagi kategori Selebriti dan Sukan, ikon fesyen; Vivy Yusof satu-satunya rakyat Malaysia yang disenarikan.

Bagaimanapun tiada rakyat Malaysia yang disenarikan dalam kategori Penghafaz al-Quran; Media dan Pengganas Terkenal. SM


Sebaran :

Leave a Reply