Senator Bersatu tolak RUU kawalan produk merokok

SHAH ALAM – Datuk Razali Idris menjadi satu-satunya senator yang membantah pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibentang di Dewan Negara pada hari ini.

Dalam perbahasan itu, Razali berkata, RUU berkenaan perlu disemak semula demi kepentingan kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Saya masih tidak memahami sebab peruntukan digugurkan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok kepada orang yang lahir pada 1 Januari 2007?



“Sangat jelas kita tidak ada upaya untuk menokhtahkan gejala merokok dan berkaitan bagi melahirkan generasi masa hadapan yang sihat, harmoni serta sejahtera dari segi fizikal juga mental,” katanya ketika dalam sesi perbahasan di Dewan Negara pada Khamis.

Tambah beliau, jika RUU itu menguatkuasakan larangan penjualan produk kepada individu yang lahir pada 1 Januari 2007, maka ia membawa impak positif kepada pembentukan belia negara.

Jelas beliau, kesan daripada pelaksanaan peruntukan itu, ia dapat dilihat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang yang mana belia pada ketika itu masih kuat dan sihat.

Menurut Razali, pada tahun 2022 telah diadakan satu saringan yang melibatkan 1.3 juta pelajar sekolah menengah dan hasil mendapati, lebih 43,000 pelajar terlibat dengan gejala merokok.



“Belum lagi pelajar sekolah rendah, malah 27,000 mati setiap tahun di Malaysia berpunca ambil tembakau.

“Jadi secara tegas saya nak beritahu masukkan semula empat peruntukan yang digugurkan itu, maka saya percaya generasi lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya tidak akan menimbulkan keresahan serta kos tinggi bagi rawatan kesihatan.

“Sebanyak RM369 juta diperlukan untuk kos rawatan rokok dan vape.

“Ia mungkin dapat dikurangkan kepada 70 hingga 80 peratus dan dapat digunakan untuk pembiayaan kos pembangunan yang lebih baik,” jelasnya.



Bagaimanapun, RUU berkenaan telah pun diluluskan di Dewan Negara pada Khamis dengan undian suara.

RUU yang dibentangkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad itu antaranya memperuntukkan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada orang belum dewasa (OBD).

Ia juga menyaksikan pengguguran peruntukan berkaitan generasi penamat (GEG) iaitu larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

RUU yang mengandungi Fasal 1 hingga 54 itu dibentang semula bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara semalam, sebelum dibentang untuk bacaan kali ketiga hari ini dan dibahas 22 Ahli Dewan Negara.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023



Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?



Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker