Suami maut disimbah asid, isteri, 6 lelaki direman


Isteri kepada seorang lelaki yang maut akibat disimbah asid di Taman Pulai Impian, Sikamat direman bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Seremban Mohd Said Ibrahim berkata, selain wanita berkenaan turut direman ialah enam lelaki.

Semua mereka dipercayai terlibat dalam kejadian seorang lelaki maut selepas disimbah asid pada awal pagi Sabtu lalu.

“Semua tujuh suspek berusia 15 hingga 41 tahun itu yang ditahan menerusi beberapa siri tangkapan, direman hingga Selasa depan,” katanya.



Mohd Said berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian pada 23 Jan lepas.

Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 43 tahun itu mengalami 30% kecederaan akibat melecur disimbah asid.

Mangsa dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban tetapi meninggal dunia pada 11 malam, semalam.

Mohd Said berkata, kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. FMT



Pelakon Jasmine Suraya Diugut Bunuh, Simbah Asid Gara-Gara Watak…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker