Pelakon Jasmine Suraya Diugut Bunuh, Simbah Asid Gara-Gara Watak…

Pelakon Jasmine Suraya mendedahkan banyak menerima ugutan bunuh, disimbah asid selain dimaki hamun dengan kata-kata kesat gara-gara watak Jeannie yang dijayakan menerusi drama bersiri Bidadari Salju.

Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin, 32, memberitahu, dia menerima mesej langsung (DM) menerusi Instagramnya hampir setiap hari sepanjang drama yang menghiasi slot Akasia TV3 tersebut bersiaran.



“Saya sebenarnya sudah jangka perkara seperti ini akan berlaku, tapi tidaklah sampai diugut untuk dibunuh dan disimbah asid.

“Paling takut dan mengerikan, ada juga yang DM nak korek kedua-dua biji mata saya disebabkan benci yang membuak-buak terhadap watak Jeannie,” katanya kepada Kosmo! Online.

Jasmine menerima ugutan bunuh dan simbah asid daripada segelintir netizen yang emosi dengan watak Jeannie lakonannya.

Menurut Jasmine yang popular menerusi drama Adellea Sofia, dia turut tidak terlepas menerima DM berbaur ugutan daripada pengikut di negara seberang, Indonesia yang baik berang dengan watak perempuan perampas kekasih orang bernama Jeannie tersebut.



“Bagi saya, isu seperti ini malas untuk diperbesar-besarkan, cuma tipulah kalau langsung tidak ada rasa takut dan risau dengan ugutan yang diberi.

“Saya sendiri pun ambil pendekatan untuk tidak membalas komen-komen dan DM yang diberikan. Mana yang positif saja saya layan, yang negatif saya tolak ketepi dan biarkan,” ujarnya.

Tambah wanita kehahiran Kuching, Sarawak itu, sebagai pelakon yang diberi tanggungjawab untuk membawakan watak antagonis, dia perlu menyampaikan dengan cara yang terbaik dan terpulang kepada khalayak untuk membuat penilaian.



Dalam perkembangan lain, Jasmine kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi sebuah drama terbaharu berjudul PA Lelaki Kerek gandingan bersama pelakon Johan Ashari, Syafie Naswip dan Datuk Adi Putra. – K! ONLINE

Rumah dibakar, kereta dipecahkan, 3 Youtuber diugut Ah long [Video]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker