Siti Nurhaliza Camping Bersama Keluarga [VIDEO]

“Bestnya Makan Angin”

Siti Nurhaliza Camping Bersama Keluarga [VIDEO]

 Raih Perhatian Ramai!-

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Suka Lihat Tokti Luangkan Masa Dengan Anak-Anak”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ctaini77 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 40 ribu, tanda suka sebanyak 671 dan sebanyak 20 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan suasana ketika Tokti pergi berkhelah bersama keluarganya itu.

Watch on TikTok

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gemar melihat Tokti membawa anak-anak bercuti ketika beliau mempunyai masa terluang.

Apa-apa pun, semoga Tokti terus menghasilkan karya terutama buat peminatnya serta konsert yang mega pada masa akan datang.

Siti Nurhaliza Camping Bersama Keluarga [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker