Nenek, bapa didakwa bunuh, dera anak OKU 5 tahun di Gombak

 

SELAYANG: Seorang wanita warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh kanak-kanak OKU berusia 5 tahun yang dilaporkan dipukul dengan rotan, dipijak dan dicucuh dengan ubat nyamuk.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori pula didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh badan Qaseh Nur Qalesya Roza Iskandar.

Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Tarawe sebelum ini berkata, Qaseh didera menggunakan rotan selain dipijak pada bahagian perut serta dicucuh dengan ubat nyamuk pada bahagian badan.

Pembantu rumah, Ipzuma Ambo, 55, dituduh dengan niat membunuh Qaseh. Mangsa adalah cucu saudaranya.

Ipzuma dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Sungai Chin Chin, Gombak, antara 28 Dis jam 12.01 pagi hingga 30 Dis jam 8.10 malam, lapor Berita Harian.

Ipzuma dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan majistret, Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Lelaki maut, dipijak berkali-kali di Kampar

Sementara itu, bapa mangsa, Roza Iskandar Mardi didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan secara menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh badan Qaseh.

Tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Maziah Joary Mohd Tajudin.

Roza Iskandar, 34, dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman sama antara 1 Jan hingga 30 Dis 2020.

Roza Iskandar dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 kepada Roza Iskandar dengan syarat tertuduh harus melapor diri di balai polis setiap bulan dan menetapkan sebutan semula bagi kedua-dua kes itu pada 18 Feb.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa berusia 5 tahun disepak dan ditendang sehingga pecah usus oleh suspek sejak tinggal bersama pada 2017.

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu saudaranya di rumah mereka di Kampung Sungai Chin Chin pada 7 malam, 30 Dis lalu.

Tukang masak tak mengaku rogol nenek 20 cucu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker