“Datuk Lagak Samseng” mengaku salah serang orang di restoran

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini selepas dituduh menyerang tiga orang di sebuah restoran minggu lalu.

Pengarah syarikat, Tan Wai Khan, berdepan dua tuduhan serangan kerana menyerang Wong Chung Yi, 31, dan Lee Dek Kuan, 26, pada 12 Jan di Restoran Steamboat TST, Tropicana Damansara.

Beliau juga berdepan tuduhan menyerang Kwan Pei Chong, 31, bersama-sama rakannya, Ang Mow Loong.



[Video] Datuk Samseng Pukul Pelanggan dan Pelayan Restoren Akhirnya Direman

Tan juga mengaku bersalah menyebabkan kegusaran awam di restoran, tetapi mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan khianat dengan memecahkan pinggan mangkuk.

Sekiranya beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan khianat, Tan berdepan hukuman maksimum penjara satu tahun atau denda, atau kedua-duanya.



Majistret Nurshahira Abdul Salim menetapkan 2 April sebagai tarikh sebutan seterusnya.

Mahkamah turut membenarkan ikat jamin RM10,000 kepada Tan, sementara Ang dibenarkan mengemukakan jaminan RM4,000.

[VIDEO] ‘Datuk’ samseng mohon maaf atas tindakan menyerang pelanggan di restoran



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker