Bekas PTD Kanan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Didakwa Rasuah RM100,000

 

SHAH ALAM: Seorang bekas penolong setiausaha kanan sebuah kementerian didakwa di Mahkamah Sesyen terhadap dua pertuduhan menerima suapan RM100,000 berkaitan pemberian tender pembekalan dan penghantaran baja bio organik kepada sebuah syarikat.

Shahrulzaman Jaafar, 43, minta dibicarakan ke atas kedua-dua pertuduhan itu. Dia sebelum ini berkhidmat di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Dia turut didakwa atas tiga kesalahan berasingan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu lalu. Pertama, meminta suapan RM2 juta manakala dua yang lain kerana menerima wang tunai berjumlah RM125,000. Kesalahan itu turut dikaitkan dengan pembekalan dan penghantaran baja bio organik kepada tiga syarikat yang berasingan.

Shahrulzaman hari ini didakwa menerima wang tunai RM70,000 daripada Hazrul Hisyam Hassan sebagai dorongan untuk membantu mendapatkan tender bagi KIIK Resources Sdn Bhd berjumlah RM37,478,572.55 untuk pembekalan dan penghantaran baja bio organik bawah Skim Insentif Pengeluaran

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan berhampiran Hospital Serdang pada 12 Mei 2020.

Shahrulzaman turut didakwa menerima wang tunai RM30,000 daripada Hazrul untuk tujuan sama pada 21 Sep 2020. Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah kedai serbaguna di Puchong pada 21 Sep 2020.

Tuduhan dibacakan di hadapan hakim Rihaida Rafie mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali jumlah suapan yang diminta atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Shahrulzaman juga didakwa menerima wang tunai RM40,000 daripada Hazrul di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu lalu, dan peguamnya Azizzul Shariman Mat Yusoff memaklumkan Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan 27 Jan sebagai sebutan semula sementara menunggu keputusan pendakwaan sama ada akan memindahkan kes ke Kuala Lumpur untuk perbicaraan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker