[Video] Datuk Samseng Pukul Pelanggan dan Pelayan Restoren Akhirnya Direman



Sebaran :

Seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ dan rakannya direman dua hari mulai hari ini kerana disyaki terlibat dalam kes pukul serta ugut seorang lelaki di sebuah restoran di Tropicana Avenue, Petaling Jaya Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata perintah tahanan reman sehingga esok ke atas suspek masing-masing berumur 42 dan 39 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Siti Mazrah Mohamad di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan kedua-dua suspek yang juga ahli perniagaan didakwa berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian dan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana ugutan jenayah



Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila suspek berang ditegur seorang pelanggan di restoran berkenaan kerana bercakap dengan nada suara yang tinggi.

– Bernama

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Polis memburu seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ yang dipercayai terbabit dalam kejadian memukul seorang pelanggan restoran di  Tropicana Avenue, Petaling Jaya, Selasa lepas.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, suspek bertindak memukul seorang lelaki selepas dinasihatkan untuk tidak membuat bising.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata lelaki itu kemudian memukul mangsa dengan tangan dan disyaki turut menampar seorang lagi pelanggan wanita sebelum beredar keluar dari restoran terbabit.

“Kita telah menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa yang bekerja sebagai pengurus dan kini usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323, 503 dan 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kejadian tersebut tular dalam media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki ditenangkan sekumpulan lelaki selepas menumbuk individu yang disyaki pelanggan restoran di Petaling Jaya.

— BERNAMA

 

 


Sebaran :


Leave a Reply