Ordinan darurat diwartakan, beri kuasa tambahan kepada tentera

PETALING JAYA: Ordinan pertama susulan perisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Selasa lalu sudah diwartakan dan memberi kuasa tambahan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Penting) 2021 menetapkan bahawa sepanjang tempoh perintah darurat berkuatkuasa, angkatan tentera “mempunyai kuasa seperti polis tanpa mengira pangkat, mengikut peruntukan Kanun Prosedur Jenayah.

Ordinan itu juga menetapkan penubuhan jawatankuasa khas bebas untuk memberi nasihat kepada Raja mengenai “keadaan berterusan darurat yang mengancam keselamatan, keadaan ekonomi dan ketenteraman negara yang timbul akibat Covid-19”.



Ini turut membenarkan pemilikan sementara ke atas tanah peribadi, bangunan atau sumber dan harta alih.

Ordinan itu menyatakan bahawa sebarang ganti rugi adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Ia menyebut bahawa Raja juga boleh mengeluarkan arahan bersabit rawatan, imunisasi, pengasingan, pemerhatian atau pengawasan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sesiapa yang melanggar Seksyen 3 atau 4 akta berkenaan atau tidak mematuhi permintaan atau arahan Raja dianggap “melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau hukuman penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya”.



Darurat , apa yang perlu kita tahu mengenainya

Pesalah itu termasuk syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, persatuan atau individu seperti pengarah, pegawai pematuhan, rakan kongsi, pengurus dan setiausaha.

Di bawah peraturan berkenaan, kerajaan dan pegawai awam dilindungi dari sebarang tuntutan dan tindakan undang-undang akibat kecuaian atau keingkaran yang dilakukan.



Ia menyatakan bahawa perdana menteri, Kabinet dan mereka yang berada di negeri-negeri “wujud dan dianugerahkan fungsi eksekutif”.

“Fungsi perundangan untuk membuat perundangan tambahan di bawah undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri akan terus dilaksanakan oleh pihak yang diberi kuasa oleh undang-undang tersebut,” menurut ordinan itu.

Ordinan itu juga menyatakan bahawa kekosongan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak akan diisi.

Tempoh penggal Parlimen selama lima tahun seperti diperuntukkan dalam Artikel 55 Perlembagaan akan dibubarkan dan dihapuskan selama darurat berkuatkuasa, katanya.



Sebarang mesyuarat Parlimen yang telah dipanggil sebelum penguatkuasaan peraturan itu juga dibatalkan.

Pakar kesihatan bingung kerajaan guna ordinan darurat dapatkan kerjasama hospital swasta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker