Tukang masak tak mengaku rogol nenek 20 cucu

Seorang tukang masak berusia 29 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan merogol seorang nenek berusia 57 tahun, minggu lalu.

Tertuduh yang bekerja di sebuah restoran makanan segera, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol wanita yang juga jirannya itu di sebuah pangsapuri di Semenyih di sini antara jam 2 hingga 2.40 petang, pada 15 Oktober lalu.

Mengikut kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhana Sahat tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh merayu agar mahkamah menawarkan ikat jamin kerana dia tidak lagi tinggal di lokasi berkenaan malah berjanji tidak akan mendekati mangsa.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mohd Kafli membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu nenek tersebut.

Selain itu, tertuduh dikehendaki melaporkan diri sebulan sekali di balai polis terdekat sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 15 Disember depan sebagai sebutan semula kes. Sinar

‘Nenek perkasa’ ini jadi trend baharu, orang muda bertubuh lemah sangat tercabar!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker