Saya Rasa Menyesal – Mira

Saya Rasa Menyesal – Mira

Umum diketahui kisah pergolakan rumah tanggah di antara TikToker View Chin dan Shermine baru-baru ini. Namun terdapat pelbagai spekulasi yang timbul mengenai punca runtuhnya rumahtangga pasangan yang mempunyai 3 orang cahaya mata.

Seorang individu yang bernama Amirah Aqilah Firdaus atau lebih dikenali sebagai Mira dalam dunia internet telah dikaitkan dengan krisis rumahtangga Shermine dan View Chin. Beliau menerima kritikan yang hebat sehingga menghilangkan diri seketika setelah dilabel sebagai perempuan murah kerana didakwa sudah meniduri bos sendiri.

Setelah dilempar dengan pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka, View Chin dan juga Shermine telah membuat kenyataan melalui sosial media. Namun demikian, kenyataan View Chin seolah-olah ingin mempertahankan Mira dan juga mempersalahkan Shermine. View Chin juga telah menyatakan hasrat beliau untuk mengahwini Mira dan sedang mendekatkan diri dengan Islam.

Individu ketiga yang terlibat dalam skandal rumahtangga pasangan ini, Mira, juga telah membuat keputusan untuk tidak membuat sebarang kenyataan dan menyembunyikan diri. Bukan itu sahaja, menurut sebuah laporan Kosmo,View Chin memaklumkan ada ahli keluarga Mira yang turut jatuh sakit disebabkan kontroversi tersebut.

Melalui sebuah hantaran yang dimuat naik oleh View Chin di laman instagram, beliau telah memaparkan sebuah dokumen yang membuktikan hak penjagaan ketiga-tiga anak perempuan mereka. Pada waktu terbitan artikel ini, kira-kira 8 hari telah berlalu dan View Chin masih lagi tidak dapat bertemu dengan anak perempuan beliau. Shermine berkeras dengan keputusan beliau untuk tidak melepaskan anak mereka kerana khuatir akan kebajikan tiga cahaya mata beliau andai kata View Chin mengahwini Mira.

Bukan itu sahaja, sebuah hantaran yang dimuat naik di laman sosial View Chin pada 18 April 2023 juga mempaparkan situasi kediamannya yang didakwa dikosongkan oleh Shermine.

Hampir 2 minggu setelah konflik rumah tangga View Chin dan Shermaine, dilaporkan bahawa Mira telah tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada Shermine dan anak-anaknya.

Saya Amirah Aqilah Firdaus ingin memohon maaf kepada Shermine, Sylvia, Scarlett and Shyane setelah apa yang berlaku. Saya rasa menyesal dan mengakui segala kesilapan saya. Tetapi hubungan saya dan View Chin bermula setelah mereka telah sah bercerai.

Mira juga menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penceraian Shermine dan View Chin, tetapi bersedia untuk menerima segala kecaman yang telah/bakal dilemparkan kepada beliau. Tambah beliau juga, Mira tidak pernah menjadi pihak ketiga apabila View dan Shermine masih lagi sah bergelar suami-isteri.

Saya Rasa Menyesal – Mira

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker