JDT nombor dua di ASEAN

KUALA LUMPUR: Siapa kata Liga Malaysia (Liga M) liga ‘cap ayam’?

Musim 2022 jelas menjadi musim terbaik buat wakil negara selepas tiga pasukan Liga Malaysia (Liga M) tersenarai sebagai 10 pasukan terbaik ASEAN bagi pertandingan peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Menerusi laman ASEAN Football, tiga pasukan negara itu adalah Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi dalam Liga Juara Juara Asia (ACL) sementara dua lagi adalah yang beraksi di Piala AFC iaitu KL City FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.



Daripada tujuh perlawanan di saingan elit Asia itu, JDT memenangi empat perlawanan, seri satu perlawanan dan tewas dua perlawanan.

KL City FC yang turut menempa rekod tersendiri dengan muncul sebagai naib juara Piala AFC 2022 pula berada di tangga ketiga selepas menyumbang 10.84 mata.

Skuad bimbingan Bojan Hodak itu mengharungi tujuh perlawanan dan hanya tewas sekali – ia memeritkan kerana kekalahan tunggal terbabit dilakar di final Piala AFC menentang wakil Oman, Al Seeb.

Sekalipun sekadar melangkah ke separuh akhir Piala AFC Zon ASEAN, KDA FC turut menyumbangkan 3.76 mata buat Malaysia untuk berada di tangga kelapan dalam senarai terbabit.



Selain itu, antara pasukan lain yang tersenarai adalah BG Pathum United (ACL) yang mengungguli tempat pertama dengan 19.50 mata, disusuli Lion City Sailors (ACL) di tangga keempat dengan 7.00 mata serta Viettel FC (Piala AFC) di tangga kelima dengan 5.60 mata.

Tempat keenam sehingga ke-10 adalah PSM Makassar, Hoang Anh Gia Lai, Hougang United, Bali United dan Visakha.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’



Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker