UMNO Bahagian sokong Vigneswaran, bantu rampas semula kerusi Sungai Siput

#PRU15

UMNO Bahagian sokong Vigneswaran, bantu rampas semula kerusi Sungai Siput

SUNGAI SIPUT: Meskipun nama calon masih belum diputuskan namun UMNO Bahagian Sungai Siput mengalu-alukan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen tersebut.

Ketuanya, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, UMNO Bahagian sejak dari Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sudah mencadangkan supaya kerusi tersebut diberikan kepada Presiden MIC.



Menurutnya, dalam PRU15, pendirian mereka tidak berubah malah keputusan memberikan kerusi itu kepada Vigneswaran telah dibuat pada tahun lepas, bukan hanya timbul pada tahun ini.

Tegasnya, tidak timbul isu UMNO mahu meletakkan calon di kerusi tersebut kerana persetujuan bersama antara kedua-dua parti sudah lama dimeterai.

“Kita atas semangat BN, keluarga BN, sebenarnya UMNO berfikiran ke hadapan.

“Kita tidak mengikut perasaan dan UMNO telah buat keputusan lebih awal lagi, bukan awal tahun ini, dari tahun lepas lagi kita sudah buat ketetapan Presiden MIC bertanding di Parlimen Sungai Siput.



“InsyaAllah kami di UMNO Bahagian akan bekerja bersungguh-sungguh,” katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Selasa.

Tambah beliau, UMNO kini sudah membuka 38 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh Sungai Siput bagi memulakan gerak kerja meskipun tarikh Hari Penamaan Calon masih jauh.

Tinjauan Astro AWANI di kawasan itu mendapati meskipun calon masih belum dimuktamadkan namun kain rentang memaparkan gambar Vigneswaran sudah mula dipasang di Sungai Siput.

Bahkan, beliau juga sudah beberapa kali mengadakan program di kawasan itu sekali gus memberikan isyarat jelas bahawa beliau hampir pasti bertanding di sana.



Untuk rekod, S Kesavan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan penyandang kerusi itu selepas menewaskan Datuk Seri SK Devamany dan Dr D Jeyakumar dalam PRU14. Aw

UMNO Bahagian sokong Vigneswaran, bantu rampas semula kerusi Sungai Siput


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu



PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker