Lazada CNY Prosperity Sale Tawar Diskaun Hingga 80 Peratus

Lazada CNY Prosperity Sale Tawar Diskaun Hingga 80 Peratus, Jangan Lepaskan Produk Idaman Sementara Stok Masih Ada

BAGI menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada 1 Februari nanti, Lazada menawarkan pelbagai kempen jualan istimewa, CNY Prosperity Sale dengan potongan harga hingga 80 peratus.

Boleh jadi satu berita baik buat kaki shopping, CNY Prosperity Sale yang berlangsung pada 13 hingga 24 Januari ini menawarkan harga lebih murah untuk perkakas dapur khasnya untuk keperluan membuat kuih.

Sudah tentunya para isteri dan golongan ibu ingin membuat santapan istimewa buat insan tersayang sempena majlis makan besar yang menjadi tradisi saban tahun.

Inilah masanya untuk membeli-belah barangan dan perkakas dapur baharu dengan lebih penjimatan kerana selain menawarkan servis penghantaran percuma, baucar bernilai RM8 hingga RM10 juga jangan dilepaskan.

Apa yang menarik mengenai CNY Prosperity Sale tersebut?

Antara perkakas elektrik yang berjaya mencuri perhatian seperti pengisar tahan karat yang dijual pada harga RM40.50 berbanding RM138. Jimatkan?

Bukan itu sahaja, set pisau bermutu tinggi juga dijual pada harga luar biasa kerana potongan harga 18 peratus hingga 53 peratus diberikan kepada anda!

Jika mahu membuat kek, kuih atau biskut, mesti memerlukan bahan-bahan mentahkan? Lazada juga menyediakan barisan barangan asas pada harga lebih berbaloi.

Istimewanya, pilihan barangan organik dan sihat juga ditawarkan seperti tepung berprotein tinggi, pemanis organik khas untuk mereka yang mengamalkan diet keto dan mentega pada harga murah.

Bagi mereka yang sedang mencari-cari perkakas elektrik untuk memberikan wajah baharu untuk kediaman, Lazada juga menawarkan Discount Kaw Kaw yang sedang berlangsung.

Antara pilihan terbaik yang boleh dipertimbangkan seperti PerySmith 1000W Handheld Vacuum Cleaner XTREME Series X10 yang ditawarkan pada harga RM118 sahaja berbanding RM449.

Periuk tekanan jenama Russell Taylors juga tidak kurang hebatnya apabila diskaun sebanyak 70 peratus diberikan kepada kaki shopping. Boleh jimat RM420 memang puas hati.

Ketuhar pembakar jenama Russell Taylors juga boleh dipertimbangkan untuk mereka yang bercadang mahu membuat biskut, kek atau sebagainya pada hari istimewa nanti.

Percaya atau tidak, harga ketuhar pembakar bersaiz 10 liter tersebut hanya RM79.99 sahaja berbanding harga asal, RM200.

Tidak hanya itu, LazzMall Brand Spotlight X Huawei dan LazzMall Brand Spotlight X Logitech mempromosikan harga terbaik untuk aksesori komputer peribadi dengan diskaun istimewa hingga 40 peratus.

Bukan sahaja tetikus tanpa wayar, papan kekunci canggih juga ditawarkan dengan desain futuristik.

Barangkali memahami keperluan anak muda yang berjiwa gamer, pelbagai gajet ditawarkan pada harga serendah bermula RM39.90 hingga bertaraf premium demi kepuasan diri.

Memang berbaloi-baloi. Jadi, apa tunggu lagi? Isi troli online anda dengan pilihan item idaman sementara stok masih ada. SPlus

Lazada CNY Prosperity Sale Tawar Diskaun Hingga 80 Peratus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker