Penyokong PAS protes calon Bersatu di DUN Kijal

Penyokong PAS protes calon Bersatu di DUN Kijal

Segelintir penyokong PAS dipercayai menurunkan sebahagian bendera parti itu sebagai tanda protes terhadap pemilihan calon yang bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Melalui satu video yang tular kelmarin, berapa individu kelihatan menurunkan bendera PAS yang dipasang di pembahagi jalan di hadapan Petronas Bukit Kuang, di Kemaman.

Menurut laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber, penyokong PAS dikatakan tidak bersetuju dengan calon Bersatu yang dipertaruhkan di kawasan itu.

Difahamkan calon yang akan dipertaruhkan Perikatan Nasional (PN) bagi melawan bekas menteri besar, Ahmad Said di kerusi berkenaan, bukan anak tempatan.

“Apa yang berlaku hanya perkara biasa dan penyokong PAS itu hanya menunjukkan protes berikutan calon Bersatu akan diletakkan di DUN Kijal.

“Sedangkan Yang Di-Pertua PAS Kemaman, Hazri Jusoh yang juga penyelaras DUN Kijal sebelum ini sering turun padang bersama rakyat, sebab itu timbul rasa tidak puas hati.

“Bagaimanapun, semuanya dah diselesaikan dengan cara baik dan kami bersepakat menyokong calon yang akan diumumkan nanti,” kata sumber itu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, dalam pertembungan tiga penjuru, Ahmad yang juga pengerusi BN Terengganu mempertahankan kerusinya dengan memperoleh undi sebanyak 9,545.

Manakala Hazri yang mewakili PAS memperoleh 8,280 undi, calon PKR, Wan Marzuki Wan Sembok hilang deposit selepas mendapat 1,472 undi. Mk

Penyokong PAS protes calon Bersatu di DUN Kijal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot

Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil

Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker