Sedia Berkhidmat, Tekad Pertahan DUN Rembia – Azril

Sedia Berkhidmat, Tekad Pertahan DUN Rembia – Azril

Sedia Berkhidmat, Tekad Pertahan DUN Rembia – Azril

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Azril Aziz sedia untuk berkhidmat dan bertekad bagi mempertahankan kerusi DUN tersebut.

Azril yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Alor Gajah berkata, pencalonan beliau sebagai calon muka baharu merupakan satu amanah dan tanggungjawab serta akan dipikul dengan penuh yakin.

 

“Apabila nama saya diumumkan sebagai calon muka baru, saya merasakan ini adalah satu tanggungjawab dan amanah parti untuk memenangkan kerusi DUN Rembia.

“Ia menyerupai satu amanah yang cukup berat yang saya pikul dan saya yakin dengan kekuatan jentera-jentera yang ada, pasti akan memberikan hasil yang baik, positif, seterusnya menyumbang kerusi untuk membentuk kerajaan BN di Negeri Melaka,” katanya kepada UMNO Online.

Tambahnya, beliau akan menyalurkan perkhidmatan yang sebaiknya sekiranya diberikan mandat oleh rakyat di DUN Rembia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agenda TVET Negara: Industri Perlu Main Peranan Lebih Besar – Manndzri

“Sekiranya diberi mandat, Insya-Allah saya akan melaksanakan perkhidmatan yang terbaik demi masyarakat di Rembia dari pelbagai lapisan tanpa mengira sebarang jurang.

“Insya-Allah, dengan keadaan dan senario yang ada pada hari ini berserta komitmen juga reputasi, saya cukup yakin bahawa kerusi DUN Rembia akan dimenangi oleh BN.

“Saya juga berkeyakinan bahawa BN akan menang di kerusi-kerusi lain. Insya-Allah Melaka akan terus ‘membiru’,” katanya lagi.

Sedia Berkhidmat, Tekad Pertahan DUN Rembia – Azril

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hari penamaan calon ditetapkan 31 Oktober pada manakala tarikh mengundi awal pada 10 November.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Masjid Tanah Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi PRN


Tempoh berkempen pula adalah 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 13 November.

Pada 22 September lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa 23 September.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan 21 dimenangi BN pada PRN lalu, manakala lima dimenangi PH dan dua Perikatan Nasional (PN). – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

Sedia Berkhidmat, Tekad Pertahan DUN Rembia – Azril


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

50 Tahun Bursa Malaysia: Ruang Perkukuh Daya Saing Ekonomi Negara

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker