PKP 2.0: PDRM pertimbang naikkan kadar kompaun – KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar kompaun bagi mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pertimbangan kenaikan kadar kompaun itu bagi memastikan tiada kesalahan berulangan berlaku khususnya membabitkan pusat-pusat hiburan.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih belum diputuskan dan hanya akan diumumkan oleh Kementerian Pertahanan selepas membuat penilaian tertentu.

“Setakat ini, masih belum dibuat dan apa yang dibincangkan sebelum ini, banyak kertas kerja telah dibuat dan saya akan serahkan kepada jawatankuasa tertentu untuk buat keputusan.

“Saya boleh sahkan banyak kertas kerja telah dibuat berkaitan undang-undang tertentu untuk menaikkan kadar kompaun agar nampak ketegasan untuk tindakan tersebut.

“Sebanyak contoh, premis hiburan berulang kali membuat kesalahan dan jumlah kompaun RM1,000 dikenakan itu mereka senyum sahaja kerana apalah denda itu jika dibandingkan dengan keuntungan yang
Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, tiada kuasa tambahan akan diberikan kepada PDRM susulan pelaksanaan perintah darurat yang bermula hari ini.

Baliklah, biar kena kompaun, jangan sampai hilang kerja

“Tidak ada apa-apa yang lebih atau PDRM minta daripada sudut kuasa kerana dengan apa yang ditetapkan kepada PDRM sudah mencukupi.

“Darurat yang diisytiharkan itu tidak memberikan perbezaan daripada segi penugasan atau kuasa-kuasa polis.

“Kuasa untuk mengeluarkan kompaun secara terus tetap ada dan ini yang akan dilaksanakan,” jelas Abdul Hamid lagi.

Sementara itu, beliau menggesa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan kompaun yang dikenakan boleh membuat rundingan dengan pihak PDRM.

“Aduan-aduan itu boleh di bawa untuk diselidik dan disiasat sekiranya mereka benar-benar tidak bersalah.

Kita boleh siasat dakwaan-dakwaan tersebut,” tegas Abdul Hamid lagi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker