Baliklah, biar kena kompaun, jangan sampai hilang kerja

Semua penjawat awam dan pekerja swasta yang berjaya meloloskan diri merentas negeri untuk menyambut Aidilfitri di kampung perlu bersedia berdepan tindakan undang-undang apabila mahu pulang ke ibu negara atau ke tempat kerja.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata golongan terbabit perlu bersedia untuk dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Namun beliau menasihatkan penjawat awam dan pekerja yang berjaya lolos merentas negeri supaya tidak menjadikan alasan takut dikompaun sebagai punca enggan kembali untuk bekerja semula selepas pulang bercuti.

“Seperti saya katakan, selepas dapat balik kampung, bukan ada jaminan tidak lepas daripada tindakan polis untuk balik semula ke tempat kerja. Berani buat, berani tanggung.

“Kalau balik semula tak boleh lolos, bayarlah kompaun. Kita tak tahan mereka pulang (untuk bekerja), kita galak mereka pulang tetapi jangan pula kerana takut dikompaun sehingga tak balik pula dan hilang kerja pula,” katanya pada sidang media harian PKPB di Putrajaya, hari ini.

BH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker