Fitnah abang, Dr Akmal diperintah bayar ganti rugi RM45,000

Fitnah abang, Dr Akmal diperintah bayar ganti rugi RM45,000

Mahkamah Sesyen Melaka memerintahkan exco negeri Dr Akmal Saleh membayar ganti rugi RM45,000 kepada abangnya selepas mendapati beliau bertanggungjawab atas fitnah.

Saman itu difailkan oleh Solehin Saleh terhadap Akmal pada September tahun lepas.

Dalam tuntutan itu, Solehin berkata, adiknya dalam catatan Facebook pada 26 Ogos 2022, memfitnahnya apabila menggambarkan beliau sebagai seseorang yang berhutang dan mendakwa beliau berniat jahat membuat komen negatif mengenai Akmal menggunakan akaun palsu.

Menurut Solehin, komen-komen itu membayangkan beliau seorang penipu, tidak bermoral, tiada integriti dan abang yang tidak bertanggungjawab.

Dalam penghakiman lisan ringkas, hakim perbicaraan Sabri Ismail berpendapat, Solehin telah membuktikan kesnya terhadap Akmal berdasarkan imbangan kebarangkalian.

Mahkamah memerintahkan agar Solehin menerima RM30,000 sebagai ganti rugi am, RM10,000 sebagai ganti rugi teruk dan RM5,000 sebagai ganti rugi teladan.

Akmal juga diarah membayar kos sebanyak RM4,200 kepada abangnya.

Ahmad Azri Abdullah mewakili Solehin selaku peguam, manakala Fadhil Yusof mewakili Akmal. FMT

Fitnah abang, Dr Akmal diperintah bayar ganti rugi RM45,000

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker