Anak Zahid Hamidi dilantik Ahli Perbadanan SME Corp
PUTRAJAYA – Anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah dilantik Ahli Perbadanan SME Corp iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC).
Surat perlantikan itu diserahkan oleh menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada Nurulhidayah
Turut dilantik Koong Lin Loong.
Pengumuman itu dibuat Wan Junaidi selepas ditemui pada Majlis Amanat Tahun Baharu dan Pelancaran Hala Tuju MEDAC 2021 di sini hari ini.
Sementara itu, Nurul memperoleh ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2012.
Anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebelum ini menyandang jawatan sebagai Ketua Komunikasi Bahagian Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Beliau pernah mengacara rancangan Inspirasi Ramadan di Radio Malaysia.
Gelaran Datuk diterima berasaskan kerjaya beliau sebagai Ketua Komunikasi Korporat di SPNB.
Nurul juga mempunyai bakat dalam bidang fesyen dan merupakan seorang pereka fesyen hijab di Couverture KL.
Berusia 41 tahun, beliau juga pernah memiliki sebuah syarikat pengurusan acara, Karya Bonda Sdn Bhd dari tahun 2007 hingga tahun 2012. – MalaysiaGazette
Datuk Nurulhidayah, anak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melontarkan soalan yang agak kelakar, tetapi sinis iaitu: Siapa yang tidak ada telur sekarang? Soalan itu dimuatkan bersama-sama dengan surat peletakkan jawatan beliau selaku Ahli Perbadanan SME Corporation Malaysia, yang dialamatkan kepada Menteri Pembangunan Usahawa dan Koperasi Datuk Seri Wan…
Anak Presiden Umno, Nurul Hidayah Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai ahli Perbadanan SME Corp, agensi Kementerian Pembangunan Usahawan (Medac), dipercayai sebagai menyahut seruan perwakilan pada PAU2020. Nurul memaklumkan hal itu pada satu hantaran di Instagram malam tadi yang disertai surat perletakan jawatannya serta-merta bertarikh 6 April lalu kepada Menteri…
Anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani satu prosedur pembedahan yang diadakan Khamis lalu. Dalam satu muatnaik di Instagram, Nurulhidayah yang lebih mesra disapa sebagai Kak Long, berkata beliau sangat menghargai segala keprihatinan dan doa daripada orang ramai mengenai kesihatan bapanya…
You must be logged in to post a comment.