Dugaan Yatt Hamzah, tiga anak kesayangan jatuh sakit serentak

Dugaan Yatt Hamzah, tiga anak kesayangan jatuh sakit serentak

Tiada apa yang merisaukan pelakon Yatt Hamzah apabila tiga anak kesayangannya jatuh sakit secara serentak.

Lebih memilukan, Yatt menerusi Instagram memberitahu, anak keempat dan kelima sedang demam, batuk serta selesema teruk manakala anak ketiganya kini ditahan di wad akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

“Bertabahlah wahai Bonda. Bila anak-anak sakit berjemaah. Lekas sembuh ya anak-anak Bonda,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah mengakui dia tidak tidak sampai hati melihat anaknya itu kerap muntah hingga berbelas kali.

“Bonda ni paling lemah bila anak-anak sakit. Tak tahan sebak tengok mereka, tapi depan dia orang, Bonda tak boleh menangis kena kuat.

“Masa berseorangan, terus meraung memohon Allah kasihankan mereka,” katanya lagi.

Menjengah ruangan komen, hantaran pelakon drama fenomena Dunia Baru itu dibanjiri dengan ucapan dan kata-kata semangat daripada peminat dan rakan artis.

Dalam pada itu, Yatt turut mendoakan golongan ibu di luar yang diuji perkara sama sepertinya agar dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan.

Untuk rekod, Yatt mendirikan rumah tangga bersama Zulfadhli Khiruddin Februari 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 6, Suci Hayfa Medina, 4, Suci Hawa Zulaikha, 2, dan seoarang anak tunggal lelaki yang kini berusia enam bulan.

Menerusi perkahwinan Yatt terdahulu bersama Abdul Mutalib Shukor, pelakon ini turut mempunyai seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika, 9. K Online

Dugaan Yatt Hamzah, tiga anak kesayangan jatuh sakit serentak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker