Menteri PN guna istana bantah PRU-15,

KUALA LUMPUR: Anggota Kabinet Bersatu dan Pas dilaporkan menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah gesaan pemimpin UMNO yang mahu Parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum lebih awal tahun ini.

Lapor MalaysiaNow, 12 menteri daripada kedua-dua parti itu dari gabungan Perikatan Nasional (PN) menandatangani surat bertarikh 3 Oktober kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi menunjukkan Kabinet tidak sebulat suara mengenai keputusan membubarkan Parlimen.

Dilaporkan, surat yang diterima Istana semalam, antara lain memetik ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai Monsun Timur Laut yang akan bermula tidak lama lagi dengan banjir dijangka melanda negeri-negeri di Malaysia terutama di pantai timur.

Selain itu, surat itu turut memaklumkan mengenai tekanan ekonomi yang dihadapi oleh rakyat.

Selain PN, gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) juga turut membantah sekeras-kerasnya sebarang tindakan untuk mengadakan PRU15 lebih awal.

Tegas mereka, tumpuan harus diberikan kepada pemulihan ekonomi selepas pandemik, selain persediaan menghadapi banjir tahunan.

Penggal Parlimen ke-15 dijadualkan tamat pertengahan tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengesahkan bahawa beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Pertemuan itu bakal menjawab sama ada ia rutin biasa bagi menyembah maklum keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet termasuk Bajet 2023, atau pun turut mempersembahkan tarikh pembubaran Parlimen kepada Baginda.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker