Tiga maut terhidu gas dalam loji kumbahan

Kuala Lumpur: Tiga pekerja pembersihan termasuk seorang warga Bangladesh maut selepas terhidu gas di dalam loji kumbahan di Pantai Dalam, di sini, hari ini.

Kejadian pada jam 2.40 petang itu turut mencederakan seorang warga Bangladesh manakala dua lagi individu terselamat.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila enam pekerja pembersihan berkenaan melakukan kerja pembersihan di dalam tangki terbabit.

“Bagaimanapun mereka mengalami masalah pernafasan selepas terhidu gas dari loji kumbahan berkenaan.



“Dua mangsa warga Bangladesh berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari loji terbabit sebelum pasukan bomba sampai,” katanya.

Menurutnya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak yang tiba di lokasi melakukan kerja bacaan udara dan pengudaraan di lokasi bagi memastikan keadaan kualiti udara di dalam keadaan selamat.

Katanya, seorang mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital manakala tiga lagi mangsa yang disahkan meninggal dunia berjaya dinaikkan pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

“Pasukan penyelamat seterusnya melaksanakan proses dekontaminasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya-HM



PENCEMARAN BAU : 33 murid di Pasir Gudang loya, muntah selepas terhidu bau busuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker