Terus melonjak, catat 4,855 kes baru

 

Sebanyak 4,855 jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 458,077 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes hari ini tertinggi sejak 31 Jan yang merekodkan 5,298 kes.

Sebanyak 27 lagi kematian direkod melibatkan warga negara menjadikan kes keseluruhan sebanyak 1,788 korban.

Sementara itu 481 kes  sedang dirawat ICU dengan 247 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Sejak seminggu ini, jangkitan melebihi 4,000 kes sehari, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini 41,582 kes.

Lembah Klang terus mendahulu kes harian tertinggi, dengan Selangor 1,783 kes dan Kuala Lumpur 521 kes.

Johor (467), Kelantan (339), Sarawak (395) dan Pulau Pinang (395) juga terus merekodkan peningkatan.

Sementara itu, Perak pula merekodkan lonjakan kes hampir sekali ganda hari ini dengan 302 kes berbanding semalam 172 kes.

Azhar jelaskan jawatankuasa Parlimen boleh mesyuarat ketika darurat

Status ringkas:

  • Kes sembuh: 3,347 kes (414,707 kes kumulatif, 90.5%);
  • Kes baharu: 4,855 kes (458,077 kes kumulatif);
  • Kes import: 3 kes (3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan: 4,852 kes [4,494 warganegara (92.6%); 358 bukan warganegara (7.4%)];
  • Kes aktif: 41,582 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 481 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 247 kes;
  • Kes kematian: 27 kes (1,788 kes kumulatif, 0.39%; 27 warganegara);
  • Jumlah kluster: 1,848 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat:1,391 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 457 kluster.

 

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor – 1,783 (149,612)
  • WP KL – 521 (48,762)
  • Johor – 467 (49,427)
  • Sarawak – 395 (37,121)
  • Pulau Pinang – 395 (22,987)
  • Kelantan – 339 (18,387)
  • Perak – 302 (16,337)
  • Kedah – 193 (12,015)
  • Negeri Sembilan – 100 (20,248)
  • Sabah – 76 (59,149)
  • Melaka – 67 (8,345)
  • Pahang – 56 (6,070)
  • Terengganu – 148 (5,242)
  • WP Labuan – 4 (2,501)
  • WP Putrajaya – 9 (1,492)
  • Perlis – 0 (382)

 

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


[VIDEO] “Terbaik Tun! Kita Geng” – Najib Razak Puji Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker