Ucapan Hari Lahir Anak Perempuan Kepada Arwah Din Beramboi Buat Ramai Sebak

Siapa yang tidak kenal dengan Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi.

Lawak dan telatah Din Beramboi sehingga kini masih terngiang-ngiang dalam fikiran ramai.

Namun semalam, nama pelawak terkenal ini sekali lagi menjadi percakapan netizen apabila anak perempuan arwah dikenali sebagai Ain yang memberi ucapan selamat hari lahir di Twitter.

Difahamkan ucapan tersebut dibuat bersempena hari lahir Din Beramboi yang 54 tahun.



“Happy Birthday papa” kata Ain ringkas di Twitter.

Menerusi posting itu juga Ain turut berkongsi gambar dia bersama Din selain turut menurut naik gambarnya ketika menziarahi tanah perkuburan ayahnya.

Posting tersebut sekali gus mengundang rasa hiba dalam kalangan netizen.



Selain menitipkan doa buat arwah, kebanyakan netizen turut berkongsi kebaikan Din Beramboi yang semalam ini menghiburkan ramai penonton di Malaysia.

KOMEN NETIZEN:

“Arwah Din beramboi Pleading face. Dulu radio era naik sebab ada SEGMEN SAWANCARA. Arwah memang lawak gila sampai pak nil gelak dari awal sampai habis. Semoga roh beliau dalam kalangan orang yg soleh”

“Tahap minat aku kat arwah din beramboi ni, masa aku dapat tau dia meninggal pagi tu time nak pergi sekolah, aku menangis sampai taknak pergi sekolah lepastuh aku siap catat kat buku tarikh dengan masa dia meninggal. Terkesannya aku time tu bila dia men1nggal padahal baru darjah 4”



“Al fatihah, masa arwah meninggal sedih sangat. That time tengah meletop nama dia, rasa tak percaya arwah tiba2 dah takde masa tu sbb rasa tak puas nk dengar lawak dia”

Hanjing’ Perkataan Biasa Bagi Saya – Din Beramboi – Hiburan | mStar

Untuk rekod, Din Beramboi meninggal dunia di di Unit Rawatan Rapi (I.C.U), Hospital Selayang (HS) kira-kira jam 12.30 tengah malam 1 April 2010.

Allahyarham dikatakan meninggal dunia selepas menghidap demam denggi berdarah.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker