Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan Perikatan Nasional (PN) sebahagian objektifnya untuk menggantikan Umno tercapai.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, matlamat penubuhan Bersatu ialah membunuh Umno, tetapi ia gagal berbuat demikian.
“Jelas dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), matlamat ini sebenarnya jauh daripada sasaran mereka. Saya harap ini akan menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat, khususnya ahli akar umbi.
“Tujuan halus mereka itu mesti ditolak oleh ahli Umno keseluruhannya,” katanya selepas sambutan ulang tahun ke-10 Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia (MCWEA) di sini.
Zahid mengulas kenyataan Pengerusi PN Pahang, Saifuddin Abdullah baru-baru ini bahawa sebahagian objektif penubuhan Bersatu untuk menggantikan Umno dicapai selepas gabungan itu berjaya memenangi 74 kerusi dalam PRU15.
Dalam PRU15, PN memenangi 74 kerusi, dengan 43 daripadanya dimenangi PAS dan 31 lagi oleh Bersatu.
Barisan Nasional pula memenangi 30 kerusi, di mana 26 daripadanya dimenangi Umno.
Sementara itu, Zahid mengucapkan terima kasih kepada “seseorang” yang pernah menghalang Umno daripada diharamkan.
“Kita tahu bahawa matlamat mereka lebih jauh daripada itu sebenarnya. Ketika seseorang menjadi menteri dalam negeri, di atas mejanya sudah ada surat untuk mengharamkan dan membatalkan Umno, namun kita mengucapkan terima kasih pada seseorang yang dapat batalkan hasrat itu,” katanya tanpa menamakan individu yang dimaksudkannya itu.
Mengenai cadangan usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan Umno, Zahid berkata, Umno menerima apa jua usul yang boleh mengukuhkan parti itu.
“Apa yang lebih penting, kita dapat rapatkan saf dalam kalangan kita setelah terpukul dengan kuatnya dalam PRU15 yang lalu. Kita akan mengkaji semua aspek kerana apa yang paling penting adalah untuk kita rapatkan saf kepimpinan,” katanya. FMT
Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- UMNO sahkan Annuar Musa, Fatimah dan Shamsiah dipecat
- SPRM siasat dana RM90 bilion, RM430 bilion bukan dari kerajaan
- Tak minat sertai PAS, PN, kami ‘intai’ parti PH lain, kata bekas ahli Amanah
- Muhyiddin enggan jadi Ketua Pembangkang, hanya mahu jawatan PM
- Api dalam sekam yang bakar rumah – Isham bidas Annuar
- Muhyiddin ‘penghalang’ kerjasama BN-PN
- Tidak pernah lebih daripada 5 orang
- Calon PRU15 kongsi video guna pistol tanpa lesen ditahan
- Hakim digantung tugas kongsi gambar tidak sopan
- Hantu rosakkan bulan madu wanita jadi ‘isterinya’
- Menang di Parlimen Padang Serai, PN tidak boleh ‘besar kepala’
- Reen Rahim dapat tajaan nikah RM15 juta
- Ramai masih berharap dapat keluarkan duit KWSP
- Piala Dunia Qatar: Pegawai skuad Brazil cengkam kucing dikecam [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)
Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?
You must be logged in to post a comment.