Gadis urut batin sanggup terjun tingkap ketika diserbu polis

Tiga wanita memanjat keluar tingkap dari tingkat satu sebuah rumah urut di Hong Kong untuk melarikan diri ketika premis itu diserbu polis, lapor portal berita South China Morning Post.

Ketiga-tiga pekerja seks itu memanjat kanopi sebuah restoran di tingkat bawah ketika pegawai dari skuad tugas khas menyerbu bangunan di North Point Mansion pukul 2 petang (waktu tempatan).

Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan seorang daripada mereka terjun  ke kaki lima selepas memanjat sebuah pendingin hawa di luar blok rumah pangsa itu.



Bagaimanapun, dua lagi rakannya dilihat memanjat masuk semula melalui tingkap selepas melihat wanita itu jatuh.

Sumber berkata, ketiga-tiga mereka adalah antara tujuh wanita yang ditahan polis semasa serbuan itu.

Enam daripada yang ditahan, berumur dari 20 hingga 39 tahun, adalah pelawat dari tanah besar China dan ditahan kerana disyaki melanggar syarat penginapan mereka.

Wanita ketujuh iaitu seorang penduduk Hong Kong berusia 31 tahun ditahan kerana disyaki menguruskan organisasi maksiat.



Sumber itu berkata, wanita berusia 36 tahun yang terjun  itu tidak mengalami kecederaan luaran dan tidak meminta rawatan di hospital.

Kesemua mereka yang ditahan masih ditahan untuk disoal siasat pada malam Selasa lalu. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker