Tamat perkhidmatan feri, kasihanlah Pulau Pinang – Guan Eng

Lim Guan Eng menyifatkan kerajaan tidak sensitif dan tiada perasaan apabila memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan feri Pulau Pinang selepas 126 beroperasi.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, langkah itu akan membuang keseronokan pergi ke Pulau Pinang dengan cara tradisional, sedangkan George Town adalah sebuah bandar Warisan Dunia UNESCO.

Menurutnya, sebelum ini Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memindahkan perkhidmatan feri kepada Penang Port Sdn Bhd daripada Prasarana Berhad supaya perkhidmatan feri dapat dikekalkan dengan pembayaran tunai sebagai insentif.

Ini kerana, bukan sahaja warga tempatan gemar menggunakan perkhidmatan feri ini tetapi juga warga asing untuk berulang-alik ke Pulau Pinang.



Untuk menyelamatkan feri ini, katanya, Kerajaan Pulau Pinang telah menawarkan untuk mengambil alih keseluruhan perkhidmatan pada tahun 2015 tetapi cadangan tersebut ditolak oleh Kementerian Pengangkutan pada tahun berikutnya walaupun kementerian itu tidak menanggung perbelanjaan terlibat.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, ini bukan kali pertama warga negeri itu dikhianati oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Malah, RM100 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 untuk membina kereta kabel di Bukit Bendera juga dimansuhkan.

Jaminan pinjaman bank yang dijanjikan oleh Kerajaan PN sebelum ini untuk membina LRT bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang tenat di Pulau Pinang dan Seberang Perai juga dibatalkan.



Oleh itu, katanya, DAP mendesak Kementerian Pengangkutan ada rasa belas kasihan, tidak mengabaikan negeri Pulau Pinang dan menamatkan perkhidmatan feri ikonik.

Ujarnya, banyak negara asing masih mengekalkan perkhidmatan feri asal walaupun mungkin tidak bersifat ekonomi tetapi nilai intrinsik dan nilai tidak ketara kepada warisan dan sejarah.

Menurut Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, perkhidmatan feri itu akan berhenti operasi mulai 1 Januari tahun depan.

Ia akan digantikan dengan bot laju yang hanya membawa pejalan kaki, basikal dan motosikal. MG



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker