Anwar jumpa PKR Sabah selepas Shafie seru perubahan dalam kepemimpinan pembangkang

KOTA KINABALU: Anwar Ibrahim bertemu Ketua PKR Sabah, Christina Liew untuk “perbincangan”, kurang seminggu selepas bekas ketua menteri dan Presiden Warisan Shafie Apdal menyeru perubahan dalam kepemimpinan pembangkang.

Shafie Apdal meminta perubahan dilakukan secara menyeluruh terhadap kepemimpinan pembangkang yang ketika ini disifatkannya tidak menyatukan dan tiada arah.

Dalam kenyataan, Liew yang juga ketua Pakatan Harapan (PH) Sabah berkata, antara topik disentuh ialah “perubahan dalam landskap politik Malaysia dan persiapan bagi Pilihan Raya Umum Ke-15”.



“Situasi politik sekarang agak lancar. Tidak mungkin negara akan mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat kerana kita tidak mahu berkompromi terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan (semasa pandemik Covid-19),” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tawau itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perkara dibincangkan.

Turut sama dalam pertemuan diadakan selepas sidang Parlimen hari ini, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Sabtu lalu, Shafie berkata pembangkang akan gagal pada pilihan raya akan datang jika masih diketuai kepemimpinan sama.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker