Pengarah agensi kerajaan, pengarah syarikat kapal direman kes skandal minyak

Seorang pengarah agensi kerajaan dan seorang pengarah syarikat merupakan dua individu terbaharu direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membantu siasatan kes rasuah melibatkan skandal membawa minyak gred berat ke perairan negara.

Pengarah syarikat perkapalan itu berpangkat ‘Datuk Seri’ manakala timbalan ketua pengarah jabatan kerajaan itu berpangkat ‘Datuk’ direman lima hari sejak Jumaat lalu.

Mereka kemudiannya disambung reman di mahkamah sama pada hari ini berhubung kes yang sama.

Kedua-dua suspek ditahan pukul 9 malam dan 12 tengah malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Individu berusia 50 dan 60 tahun itu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pukul 9.55 pagi tadi dan dihadapkan untuk mendpat perintah reman.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan pengarah agensi kerajaan direman empat hari sehingga 18 Disember ini manakala pengarah syarikat direman lima hari sehingga 19 Disember ini untuk membantu siasatan SPRM.

Mereka dibawa ke mahkamah dalam keadaan berbaju lokap berwarna jingga sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret.

Turut dihadapkan ke mahkamah lima individu dalam tangkapan pertama yang direman pada Jumaat lalu iaitu termasuk timbalan ketua pengarah jabatan bergelar ‘Datuk’.

Dua orang daripadanya iaitu timbalan ketua pengarah jabatan kerajaan bergelar ‘Datuk’ dan Pengarah Syarikat Perkapalan bergelar ‘Datuk Seri’ pula disambung reman.

Manakala tiga lagi individu iaitu dua pengarah syarikat perkapalan dan seorang setiausaha bahagian kementerian pula dibebaskan reman oleh SPRM hari ini.

Kesemua tujuh orang individu kemudian keluar meninggalkan mahkamah sekitar 11.30 pagi diiringi pegawai penguatkuasa SPRM.

Pada 11 Disember lalu, lima individu termasuk seorang timbalan ketua pengarah jabatan bergelar ‘Datuk’ ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan rasuah berhubung kelulusan dan pengecualian khas kepada beberapa syarikat untuk membawa minyak gred berat di perairan Malaysia.

Perintah reman sehingga 15 Disember lalu terhadap mereka dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas mendapat permohonan daripada SPRM di mahkamah yang sama.

Menurut sumber, timbalan ketua pengarah itu ditahan reman bersama tiga pengarah syarikat perkapalan termasuk seorang bergelar Datuk Seri serta setiausaha bahagian sebuah jabatan kerajaan.

Kelima-lima individu berusia antara 35 hingga 54 tahun ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada malam Khamis minggu lalu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. MG

Tiga anggota polis direman, disyaki minta rasuah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker