‘KP kesihatan benarkan 3 MP bawah arahan kuarantin hadir parlimen

Tiga ahli parlimen yang sedang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) dibenarkan menghadiri persidangan Dewan Rakyat selepas mendapat kelulusan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Ketiga-tiga ahli parlimen itu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba (BN-Tenggara), Menteri Sumber Manusia M Saravanan (BN-Tapah) dan P Prabakaran (PH-Batu) sebelum ini terdedah kepada pesakit positif Covid-19.

“Tiga-tiga HSO telah menulis surat permohonan kepada KP Kesihatan untuk hadir (ke parlimen).



“KP kesihatan melalui surat 14 Disember telah meluluskan permohonan tiga wakil rakyat tersebut untuk time off untuk hadir ke parlimen dari sehingga 17 Disember,” kata Azhar.

 

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang meminta penjelasan Azhar atas tindakannya membenarkan tiga wakil rakyat itu berada dalam dewan untuk mengundi.



Azhar menambah dia difahamkan pengecualian ini bukan hal baru dan pernah diberikan sebelum ini.

Ketika, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, beberapa pusat daerah mengundi (PDM) termasuk di SK Bukit Garam, Lamaq membenarkan pengundi yang masih dalam kuarantin di rumah untuk mengundi.

Semalam, pembangkang keluar dewan selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan Azhar mengenai kehadiran tiga ahli parlimen memakai pakaian pelindungan diri (PPE).



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker